Tuesday, May 17, 2011

Bermujahadah Vs Nafsu.

Dalam diri kita ada nafsu yang sentiasa mendorong kita melakukan kejahatan.Jika ajakan nafsu ini dituruti, kita akan melakukan dosa dan menyebabkan hati kita penuh dengan sifat keji seperti pemarah, sombong, hasad dengki dan dendam. Sifat-sifat keji inilah yang akan menyebabkan kita lebih banyak melakukan perbuatan dosa.

Oleh itu, hati kita mesti dibersihkan daripada sifat- sifat ini. Caranya ialah dengan melawan nafsu. Usaha melawan nafsu inilah yang dinamakan sebagai mujahadah.


Bagaimana melawan nafsu? Untuk melawan nafsu, kita mesti melakukan sesuatu yang berlawanan dengan ajakannya. Misalnya jika kita suka makan dengan banyak, Allah tidah suka perbuatan tersebut. Jadi, cara melawannya dengan berpuasa. Jika nafsu menyuruh kita menjadi pemarah, kita mesti memujuk hati supaya bersabar. Jika nafsu mendorong kita menjadi sombong , kita mesti berusaha merendah diri. Jika nafsu menimbulkan rasa hasad dengki melihat kejayaan orang lain, kita hendaklah berlapang dada dan rela hati melihat orang itu mendapat nikmat daripada Allah.

Begitulah seterusnya dengan sifat-sifat keji yang lain. Semuanya mesti dilawan supaya hati kita dipenuhi dengan sifat-sifat terpuji yang disukai Allah seperti sabar, redha, penyayang dan pemaaf. Betapa besarnya pahala orang yang bermujahadah. Apabila terlintas sahaja di hati kita untuk berubah, jangan berlengah-lengah untuk berubah kerana dikuatiri kita tidak akan sempat berubah kerana mati itu datang secara tiba-tiba tanpa kita sedar bila waktunya.


Apabila kita berusaha bersungguh-sungguh untuk berubah, insyaAllah usaha tersebut akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...