Thursday, June 23, 2011

WASIAT UMAR IBNU AL KHATTAB KHALIFAH KEDUA

oleh: Zubair IbnuAwwam As-Sabah

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM

Sahabat dan sahabiyyahku yang dikasihi Allah.
UMAR IiBNU kHATTAB Kadang-kadang dipanggil juga sebagai Al- Farooq. Saidina Umar berketurunan daripada Bani Adi iaitu salah satu golongan puak Quraisy. Beliau menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah seorang khalifah di dalam Khulafa Al-Rasyidun.

Saidina Umar dilahirkan di Makkah,bapanya bernama Khattab. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Beliau juga berilmu iaitu merupakan perkara yang amat jarang pada masa tersebut dan juga merupakan seorang pejuang islam dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya.

BAGAIMANA UMAR SEBELUM MEMELUK ISLAM

Sahabatku yang dikasihi sila baca kisah ini.
Sebelum Umar Ibnu Khattab memeluk Islam yakni Semasa Rasulullah.
mula menyebarkan Islam secara terang-terangan,Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa tersebut dan menjadi batu penghalang.

Menurut ahli sejarah Islam,semasa Saidina Umar dalam perjalanannya untuk membunuh Rasulullah, beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya Fatimah Al-Khattab,Telah memeluk Islam secara sembunyi sembunyi.

Sahabatku yang kukasih.
Walaupun sifat abangnya terlalu garang,keras kepala,tegas dalam mempertahankan pendiriannya,dan menyeksa hambanya yang memeluk Islam hingga ada yang mati. Menurut sejarah,11 orang pernah diseksa oleh Umar hingga ada yang mati dan tercedera. Fatimah rasa bertanggungjawab untuk membetulkan dan mengislamkan abangnya. Tapi apalah dayanya,sedangkan keIslamannya sendiri masih disembunyikan dari pengetahuan abangnya. Kalau Umar tahu dia telah Islam,tentu buruk padahnya. Tentu berbagai penderitaan dan seksaan akan menimpanya. Sebab itulah Fatimah hanya mampu berdoa dan merintih kepada Allah siang dan malam. Semoga Allah selesaikan masalahnya segera. Bukankah Allah pernah berfirman dengan maksudnya:

“Aku perkenankan doa permohonan orang yang berdoa kepadaKU.” (QS.Al-Baqorah 186)

Fatimah Al-Khattab yakin bahawa ALLAH tentu tidak memungkirkan janji-Nya. Kiranya dia benar-benar menyerah diri kepada Allah dengan penuh yakin bahawa Allah sahaja yang boleh menyelesaikannya. Tuhan yang Maha Penyayang,Maha Pengasih,Maha Mengetahui, Maha Mendengar lagi Maha Agung tentu mendengar rayuannya setiap hari dan pasti akan menunaikan permintaannya.

Pada suatu malam,Fatimah dan suaminya Said bin Zaid membuka kembali lembaran - lembaran kalam Allah yang telah diajarkan oleh Rasulullah. Fatimah melagukan ayat-ayat itu dengan alunan irama yang indah,air matanya melimpah keluar ketika menghayati maksud dari ayat-ayat tersebut. Suaminya yang memerhati dan menyemak segala bacaannya turut terharu. Ayat-ayat yang dibaca oleh Fatimah menusuk kedalam jantungnya ,tenggelam dalam hatinya dan terus bertebaran ke dalam urat sarafnya.

Sahabatku sekalian,
Dalam keadaan kedua suami isteri mulia ini khusyuk menghayati maksud ayat Al-Quran itu,tanpa disedari ada sepasang mata yang sedang mengintip dan memasang telinga mendengar ayat yang dibaca. Mata itu memandang dengan pandangan sinis tanpa berkelip - kelip,merah menyala menahan marah. Walaupun kalimah yang dibaca itu agak kurang jelas namun dia yakin bahawa kedua suami isteri itu kini telah Islam sebagaimana kata seorang pemuda yang ditemuinya sebentar tadi.

Dengan suara lantang,Umar menjerkah mereka.Fatimah tersentak lalu cepat-cepat dia menyimpan lembaran itu. Umar bertanya “Kalimah apa yang aku dengar tadi?”
Mereka berpura-pura menggeleng-gelengkan kepala menandakan tidak tahu.

“Aku mendengar kamu berdua telah mengikut agama Muhammad? Benarkah begitu?” jeritnya bagaikan halilintar. “Apa pendapatmu sekiranya agama selain agamamu itu adalah benar?” jawab adik iparnya Said. Mendengar itu Umar melompat ke arah iparnya itu,terjadilah pergelutan. Umar menarik janggut Said. Said terlentang,lalu diduduki oleh Umar di atas dadanya,sehingga tidak bergerak.Melihat kejadian itu Fatimah menolak badan Umar untuk membela suaminya. Spontan Umar berdiri lalu menampar muka adiknya. Fatimah terjatuh,dan darah merah mengalir keluar dari hidung dan mulutnya.

Fatimah bangkit dari tempat jatuhnya,tiba-tiba seakan-akan ada satu seruan supaya mengatakan sesuatu kerana masa itulah saat yang paling sesuai untuk terangkan mengenai Islam kepada abangnya,Tanpa menghiraukan darahnya yang berhamburan.

Fatimah berkata dengan penuh keyakinan:
“Wahai musuh Allah,engkau pukul kami kerana kami mengEsakan Allah. Engkau boleh buat sesuka hatimu. Sekalipun engkau bunuh kami,kami tetap mengaku bahawa tidak ada Tuhan selain Allah,dan bahawa Muhammad itu adalah Rasul Allah,yang akan membersihkan dunia ini dari sebarang kezaliman dan penindasan.

”Darah yang mengalir keluar dari hidung dan mulut Fatimah serta jawapannya yang begitu berani,membawa kesan yang mendalam pada jiwa Umar. Dengan tiba-tiba dia rasa menyesal dan sedih atas tindakannya yang melulu itu. Dia merasa bersalah kerana memukul adik kandungnya sendiri.

Dengan suara merendah,Umar berkata: “Berikan aku apa yang kamu baca tadi.”

Fatimah agak keberatan memberi kan lembaran itu tetapi melihatkan kesungguhan abangnya yang ingin mengetahui akhirnya Fatimah mengeluarkan lembaran ayat Al-Quran itu dan diberikan kepada Umar. Ayat tersebut berbunyi: “Kami tidak menurunkan Al-Quran itu kepadamu agar kamu mendapat kesusahan,tetapi sebagai peringatan bagi orang-orang yang takut kepada Allah. Diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi iaitu Tuhan yang Maha Pemurah yang bersemayam di atas arasy.” [Surah Thaha: 1-5]

Sahabat dan Sahabiyyahku,
Setelah Umar membaca Ayat Di atas maka tersungkurlah Umar,dan memintah maaf kepada ipar dan adiknyadan berkata Kamu benar. Mendengar jawapan tersebut keluar dari bibir Umar,Fatimah terasa seakan-akan bermimpi tapi bila sedar kembali itulah sebenarnya kenyataan,apa yang disabdakan Rasulullah,

Fatimah berkata sambil menyebut kata-kata Rasulullah: “Ya Allah,kuatkanlah Islam dengan Umar bin Hisyam atau Umar bin Al Khattab.Maka Allah telah memilih Umar,saudaraku sendiri.” Tiga kali Fatimah menyebut nama Allah kerana terlalu berterima kasih pada Tuhan yang telah memperkenankan doa Rasulullah, dan rintihan hatinya selama ini. Jiwa Umar kini telah berubah,jiwanya kini telah disinari dengan cahaya iman dan hidayah. ALLAHU AKBAR 3X.

Umar berkata kepada Fatimah: “Tunjukkan kepadaku dimana Muhammad berada,aku akan datang padanya demi Islam.” Setelah memberitahu bahawa Rasulullah, berada dirumah Arqam bin Abi Arqam,Umar bergegas meninggalkan mereka untuk mendapatkan Rasulullah, Kalau sebelum ini tujuannya adalah untuk memerangi Rasulullah tapi kini untuk berdamai dan menyatakan keislamannya.

Fatimah memandang suaminya,Said tersenyum,Fatimah turut tersenyum gembira. Setelah membersihkan darah yang keluar dari hidung dan mulutnya,Fatimah lantas sujud syukur kepada Allah. Bersyukur kerana telah menyelesaikan masalahnya. Bersyukur kerana Allah telah menyelamatkan saudara kandungnya dari terus kufur.

Sahabiyyah jadilah engkau sepernya.
Begitulah seorang wanita yang terpimpin hatinya. Wanita yang kaya jiwanya dengan segala sifat kesabaran,redha,dan tawakal pada Allah, tenang berada dalam penderitaan,hatinya mengenangi Allah dengan rasa takut dan harap kepada-Nya. Hatinya sentiasa merasakan kehebatan,keagungan,kemurahan dan kasih sayang Allah,Setiap masa yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk berfikir, mencari dan mengenali Allah .

Matanya digunakan untuk membaca ayat-ayat Allah sebanyak- banyaknya. Telinganya digunakan untuk mendengar tentang Allah. Kaki dan tangannya digunakan untuk berbakti di jalan Allah.Kesimpulannya seluruh anggotanya digunakan untuk mencari keredhaan Allah.Maka Allah beri kemenangan kepadanya baik di dunia lebih lebih diakhirat dengan berbagai kenikmatan. Subhanallah.

Sahabat dan sahabiyyahku yang di Rahmati.
Sejuklah hati Fatimah melihat abangnya kini bukan lagi seperti abangnya dulu.
Telah berubah menjadi manusia yang sempurna lahir dan batin.
Hasil dari kesungguhan Umar bermujahadah,Allah muliakan darjatnya sebaris dengan para sahabat yang lain seperti Sayidina Abu Bakar yang dijamin syurga. Sebelum tidur,dia mengenang kembali perbuatannya sepanjang hari. Kalau dia terbuat sesuatu yang tidak disukai Allah ,Umar akan merotan badannya sendiri hingga bengkak - bengkak. Didermakan separuh dari hartanya untuk membantu memperjuangkan agama Islam.

Doa Sayidina Umar yang paling terkenal:
“Ya Allah, sibukkanlah aku dalam urusan agama-Mu.”

Sahabatku sekalian,
Saidina Umar Al-Khattab paling kuat mempertahankan hukum Allah.
Pada masa ia menjadi khalifah,satu ketika anaknya sendiri terlajak membuat maksiat,Anak itu dihukum sesuai dengan hukum syariat Islam,dan akhirnya anak itu mati ketika menjalani hukuman tersebut. Ketegasan Umar membezakan perkara yang hak dan yang batil membuatkan beliau digelar ‘Al Farouq’.

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
“Sekiranya ada nabi selepasku nescaya Umarlah orangnya.”

Begitulah kehebatan Saidina Umar Al-Khattab.
Namun,tentunya kita tidak melupakan adiknya, Fatimah kerana di rumah Fatimahlah,menjadi tempat terbukanya jiwa Umar menerima cahaya llahi.
Maka atas dasar itulah Fatimah digolong dalam kelompok wanita solehah,wanita mukmin sejati yang begitu berani mempertahankan keyakinan dan imanannya.

Saudara dan saudariku yang kukasih karenaNya,
Untuk makluman sahabatku sekalian,bahwa dikala saya merasakan diri banyak melakukan dosa maka saya akan baca kisah Umar ini dan tersungkurlah saya dan menangis dengan limpahan air mata disebabkan terlalu hinanya perbuatan yang saya telah lakukan,dan mengenangkan betapa Mulianya Umar dan adiknya.

WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

Suatu hari Umar Bin Khattab bertutur kepada sebahagian sahabatnya;

Aku berwasiat kepadamu enam perkara :

1) Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2) Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perutmu.

3) Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH, Kerana,tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun kepadamu selain ALLAH.

4) Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5) Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6) Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

KALIMAT HIKMAH Saidina Umar Al-Khattab :

1) Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

2) Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya

3) Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan

4)Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku

5) Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat

6) Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Hitunglah,timbanglah.koreksilah diri2 kalian sebelum di Hitung,ditimbang dan di koreksi Oleh ALLAH SWT di Alam Akhirat dgn pengadilan yang teramat ADIL.

"Siapa yang banyak cakap,banyaklah salahnya,bila banyak salahnya, banyaklah dosanya,bila banyak dosanya,maka neraka adalah yang utama baginya" - [SAYIDINA UMAR AL-KHATTAB]

-Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
-Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
-Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
-Barangsiapa menjaga kehormatan org lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB
Saya mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar.(Saidina Umar Al-Khattab)

“ Apabila kita diuji dengan apa yang kita dakwahkan, bersabar la..mungkin itu cara ALLAH mentarbiah kita.Bersyukurlah kerana ALLAH masih sudi mengingatkan kita ketika kita sedang mengingatkan orang lain

UMAR IBNU KHATTAB RA BERSERUH DENGAN SEMANGAT JIHADNYA :

LEMAHLAH SETIAP YANG INGIN LEMAH. MUNDURLAH BAGI YANG TAK KUAT BERTAHAN.SILAHKAN BAGI KALIAN YANG INGIN MENGALAMI KEFUTURAN.

SEKIRANYA KALIAN SEMUA SEPAKAT UNTUK BERHENTI

MENGUSUNG PERJUANGAN INI. AKU AKAN TETAP DISINI BERSAMA RABBKU.
HINGGA KEMENANGAN MENJADI NYATA ATAU SYAHID YANG MEMULIAKANKU.

Jika ada 100 orang yg berjuang dijalan Allah, Pasti saya salah satunya.
Jika ada 10 orang yg berjuang dijalan Allah, pasti saya salah satunya.
Dan jika hanya 1 orang yg berjuang dijalan Allah, InsyaAllah itu pasti aku.
( Umar bin Khattab R.A)

"TIDAK AKAN KAMU BERPERASAAN GUNDAH DAN GULANA
JIKA KAMU TAHU APA YANG KAMU CARI DIDALAM HIDUPMU”

Sahabatku semua jika saudara ingin menguji tahap keimanan saudara dan saudariku maka bacalah kisah Umar ini, jika air mata saudara dan saudari tidak bercucuran maka tahap keimanan kita belum lagi ketahap yang sepatutnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...