Monday, March 14, 2011

10 Gambar Teknologi dan Inovasi.


1) TELEFON PINTAR.



Teknologi Nokia 888 ini direka dengan bertujuan bagi memudahkan aktiviti kehidupan dengan terutamanya bagi golongan remaja yang gemarkan alat komunikasi yang fleksibel ini. Teknologi yang digunakan di dalam Nokia 888 ini adalah bateri cair, pengenalan suara dengan layar sentuh yang fleksibel dan sesuai di gunakan dalam apa jua keadaan sekali pun. Ia mudah digunakan, ringan, fleksibel dan senang dibawa ke mana sahaja kerana ia mudah untuk dibengkokkan, untuk dipakai di pergelangan tangan, digulung dan dimasukkan  ke dalam kain seperti klip jika tidak ingin menggunakannya di pergelangan tangan.



2) SURAT KHABAR MODEN.




Apa perubahan bakal berlaku di Hospital pada masa hadapan? Sudah pasti lebih maju, canggih dan berteknologi tinggi. Tidak mustahil jika pada masa hadapan tugas doktor diambil alih oleh robot. Di negara maju seperti Amerika, hal itu ternyata sudah diterapkan iaitu di Methodist Hospital Houston. Di sana para doktor menggunakan robot yang berukuran 5 inci yang dapat bergerak ke mana-mana sahaja dengan menggunakan sebuah monitor di bahagian atasnya yang dapat memudahkan para doktor berhubung dengan keadaan sekelilingnya. Dengan robot itu, para doktor dapat memantau keadaan dan memberi arahan kepada pesakit dari manapun ia berada. Dengan itu ia dapat memantau ramai orang sekaligus tanpa harus keluar dari bilik atau pun dalam keadaan doktor tersebut sedang berurusan dengan perkara yang lain.

Robot yang bergerak seperti pembersih lantai itu akan dipantau oleh sekumpulan pembantu doktor semasa berada di bilik pesakit. Robot tersebut memeiliki kemampuan untuk menvisualisasi doktor di hadapan pesakit. Robot itu juga dilengkapi dengan radio-frequency ID untuk melincinkan urusan doktor, jururawat dan beberapa peralatan yang ada di hospital sehingga dapat bertindak ketika dalam keadaan darurat.




3) DI MASA DEPAN, DOKTOR DI HOSPITAL DIGANTI DENGAN ROBOT




Apa perubahan bakal berlaku di Hospital pada masa hadapan? Sudah pasti lebih maju, canggih dan berteknologi tinggi. Tidak mustahil jika pada masa hadapan tugas doktor diambil alih oleh robot. Di negara maju seperti Amerika, hal itu ternyata sudah diterapkan iaitu di Methodist Hospital Houston. Di sana para doktor menggunakan robot yang berukuran 5 inci yang dapat bergerak ke mana-mana sahaja dengan menggunakan sebuah monitor di bahagian atasnya yang dapat memudahkan para doktor berhubung dengan keadaan sekelilingnya. Dengan robot itu, para doktor dapat memantau keadaan dan memberi arahan kepada pesakit dari manapun ia berada. Dengan itu ia dapat memantau ramai orang sekaligus tanpa harus keluar dari bilik atau pun dalam keadaan doktor tersenut sedang berurusan dengan perkara yang lain.

Robot yang bergerak seperti pembersih lantai itu akan dipantau oleh sekumpulan pembantu doktor semasa berada di bilik pesakit. Robot tersebut memeiliki kemampuan untuk menvisualisasi doktor di hadapan pesakit. Robot itu juga dilengkapi dengan radio-frequency ID untuk melincinkan urusan doktor, jururawat dan beberapa peralatan yang ada di hospital sehingga dapat bertindak ketika dalam keadaan darurat.

Robot-robot yang lain:



Robot pembawa barang di Jepang.





Robot jururawat di Hospital di California.


Robot Doktor yang mengenakan jas di Amerika.



 
Robot Doktor di Amerika.



Robot untuk melakukan pembedahan di Amerika.






4)TETIKUS BAHARU.







Tetikus atau juga dikenali sebagai mouse ini akan menggunakan teknologi terbaru, yang disebut  sebagai Blue Track. Kelak, teknologi ini akan menggantikan mouse laser mahupun optical. Teknologi ini juga memakai led biru yang dikombinasikan dengan lensa wide-angle. LED biru ini mampu membuat mouse ini telihat lebih cantik dan menawan. Teknologi Blue Track ini mempunyai kemampuan tracking yang lebih baik daripada mouse laser dan mouse optical biasa pada permukaan yang tidak biasa dipakai pada mouse laser.



5)      AQUA SUBMERSIBLE WATERCRAFT.




Pereka di Korea iaitu Sungchul Yang and Woonghee Han berfikir bahawa pada masa hadapan manusia akan hidup di dunia air dalam waktu yang tidak terlalu lama lagi. Oleh itu, mereka menciptakan Aqua ini yang mempunyai konsep kapal selam mini untuk kegunaan seorang di mana ia dapat berfungsi seperti motor boat dan juga dapat menyelam seperti kapal selam. Bentuknya yang seperti ikan lumba-lumba ini pernah memenangi 2008 Silver Idea Design Award. Hal ini dapat membuktikan  bahawa kedua mahasiswa dari University of Seoul ini telah melakukan hal yang hebat. Tidak dinyatakan mengenai sumber tenaga dari kendaraan ini, namun kita berharap kita telah berhasil menciptakan kapal selam lebih bertenaga listrik.





6)      PENA DIGITAL AL-QURAN.



Dalam usaha bagi mempermudah belajar Al-Quran, Institut Ilmu Al-Quran (IIQ) Jakarta telah melancarkan sebuah produk baru berupa pena digital. Hanya dengan menyentuhkan pena tersebut pada ayat-ayat dalam mushaf yang dilengkapi dengan plastik mika khusus, secara automatik akan keluar suara rakaman sesuai dengan ayat yang ditunjuk. Rektor Institut Ilmu Al-Quran KH Ahsin Sakho Muhammad di stand IIQ ketika mempamerkan produk baru itu di pameran MTQN XXII Kota Serang, Banten, mengatakan bahawa, pena digital itu lebih efektif jika dibandingkan dengan kaset atau CD.

Jika menggunakan kaedah biasa seperti menggunakan kaset dan CD atau belajar dengan guru, teknologi ini dikatakan lebih mudah kerana pengguna mampu belajar sendiri. Teknologi  ini lengkap dengan tajwid dan 7 lagu. Setiap orang boleh memilih ayat-ayat tertentu yang diinginkan dengan menyentuhkan pena digital, dan boleh dilakukan berulang-ulang jika memang belum difahami dengan betul. Ketika pen tersebut disentuhkan dalam mushaf, dengan secara automatik akan keluar suara rakaman sesuai dengan ayat yang ditunjuk. Dalam rakaman pena digital tersebut, ada tujuh lagu yang dilantunkan oleh qari Muammar ZA danqoriah Maria Ulfah, lengkap dengan tajwid yang sudah diuji oleh pentashih dari pihak studio dan pentadbiran Agama.



7)BASIKAL TEKNOLOGI TERKINI.

Designer    : Kevin Scott.

Ini merupakan rekaan daripada Kevin Scott iaitu basikal yang dapat dibengkokkan agar anda dapat menguncikannya di sekitar tiang atau tiang lampu. Hal ini sudah tentu dapat menghalang pencuri daripada mencuri basikal anda. Perancang Industri muda ini, telah menggunakan sistem Ratchet yang dibina ke dalam rangka basikal bagi membolehkan basikal dibengkokan di sekitar tiang. Sepeda motor akan membengkok untuk menguncikan dirinya sendiri, jadi tidak perlu dirantai. Kunci sepeda biasa akan mampu mengunci frame dan kedua-dua roda. Basikal ini juga boleh disimpan di dalam ruang kecil.



8)BEG TANGAN ANTIRAGUT.



Rekaan ini dinamakan ‘Blotch’ di mana beg tangan ini menggunakan sistem beg udara yang diubah suai mengikut kesesuaian dan dijana karbon dioksida. Dengan menggunakan ‘Blotch’ ini, peratusan keselamatan mangsa ragut lebih tinggi. Begitu juga dengan keselamatan barangan milik mereka. Hal ini kerana sebaik sahaja peragut cuba menarik beg mangsa, salah satu pemegang beg akan berkenaan bertindak sebagai picu yang akan mengaktifkan sistem beg udara yang terdapat di dalamnya. Tindak balas gas (karbon dioksida) berkenaan akan mengakibatkan keseluruhan bahagian dalam beg berkenaan ‘meletup’. Hal ini akan membuatkan peragut panik kerana sebaik ‘letupan’ berlaku, semua barang yang ada dalam beg itu akan berselerak di atas jalan raya.

9) WINDRY-WIND DRIVEN BOOT DRYER.


Alat pengering kasut ini telah direka oleh John Lee.  Teknologi ini menggunakan kesan Venturi untuk menggalakkan pergerakan udara dalam ruangan boot's (jari kaki) dan ini dibuat oleh gerakan udara dari atas. Rekaan ini terbukti berkesan dalam mengeringkan kasut dengan menggunakan angin halus dan luar bilik dengan kipas sejuk atau kipas pemanas elektrik. Windry dibuat daripada plastik HDPE dan 100% boleh dikitar semula. Ia bertindak secara berkesan dengan menggunakan angin tanpa memerlukan kuasa elektrik. Dengan itu, para pengguna akan berasa selesa dan tidak berasa panas apabila menggunakan kasut boot ini.





10) MO:BEN.


Mo : Ben merupakan bekas makanan praktikal yang merangkumi built-in komponen pemanas filem yang boleh memanaskan makanan dengan suhu pra-air panas. Mekanisme utamaMo: Ben dalam mengekalkan suhu panas adalah kombinasi dari insulasi busa-rongga diisi dan built-in pemanas faktor. Terdapat dua bahagian utama dari peranti, iaitu satu tempat luaran yang mempunyai pemegang membawa, slip asas getah pelindung dan simpanan alat makanan, dan lain-lain adalah substensi suhu untuk persiapan makanan. Tempat dalaman memegang makanan dan ia boleh dibuka untuk kemudahan bagi hidangan pencuci mulut. Keadaan bekas Mo: Ben ini direka bagi memudahkan pelbagai hidangan untuk diletakkan di dalamnya dan mengelakkan daripada makanan yang berlainan jenis tersebut bercampur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...