Sunday, May 22, 2011

4 Golongan LELAKI ditarik oleh WANITA ke dalam Neraka.

Sewaktu di yaumal akhirat, wanita akan menarik bersama-sama empat golongan lelaki ke dalam neraka. Na’uzubillahi min zaalik... Ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebagai peringatan supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang harus dilakukan terhadap wanita.


PERTAMA- AYAHNYA.

Apabila seorang ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya semasa di dunia, iaitu tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tetapi memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik oleh anak perempuannya.

KEDUA – SUAMINYA.

Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya seperti bergaul bebas dan memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Walaupun suaminya seorang yang alim seperti tidak meninggalkan solat tetapi jika dia berdiam diri maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA – ABANG-ABANGNYA.

Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita iaitu ibu dan adik perempuan jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarga sahaja dan adik perempuannya dibiarkan tersasar daripada ajaran islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT – ANAK LELAKINYA.

Apabila seorang anak tidak menasihati ibunya yang melakukan perkara yang dilarang dalam islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akirat kelak dan nantikan tarikan ibunya.

Hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat . Kaum lelaki yang bergelar ayah/ suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak lalai dalam melaksanakan tanggungjawab.

Maksud Firman Allah s.w.t:-


” Hai anak Adam, peliharalah diri kamu dan ahlimu daripada api neraka di mana bahan pembakarnya ialah manusia, jin dan batu- batu...”

gambar hiasan.

Kaum wanita, kasihlah ayah anda, suami anda, abang- abang dan anak- anak lelaki anda. Kasihkanlah diri mereka dan dirimu sendiri, laksanakan perintah Allah bersungguh- sungguh dengan hati yang ikhlas.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...