Tuesday, March 22, 2011

Kepentingan Teknologi dan Inovasi kepada Manusia.

Marcapada ini, teknologi dan inovasi memainkan peranan yang penting dalam aspek kehidupan di mana teknologi dan inovasi ini menjanjikan kemudahan dalam kehidupan manusia itu sendiri. Hal ini demikian kerana, ia mempunyai banyak kelebihan serta manfaat yang tersendiri. Sebagai contoh, penggunaan computer dapat membantu para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga mampu membantu para pengajar untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika ia digunakan dengan bersistematik. Oleh itu, kepentingan ini dapat diperluaskan jika individu itu sendiri dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

3 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Teknologi tidak dinafikan memberi kebaikan kepada tenaga pengajar dan pelajar.Seperti yang kita sedia maklum serta alami sendiri:
    1)Memudahkan pencarian maklumat.
    2)Mengetahui perkembangan semasa.Contohnya pengumuman penangguhan kuliah di dalam SPIN.
    3)Nota-nota kuliah boleh dimuat turun dalam SPIN bagi pelajar UKM.

    CITY ZULAIHA BINTI MOHAMAD ZAID
    A130775
    TAHUN 2(SEM2 2010/2011)
    SELASA 8-10 MALAM
    MAKMAL 3

    ReplyDelete
  2. salam
    Dari satu pandangan sudut lain teknologi juga mendatangkan keburukan kepada diri. Antaranya:

    1) Mudah terleka dengan penggunaannya seperti bermain game.
    2) Terlalu pergantung dengan kemampuan teknologi sehingga menganggap semua yang datang dari teknologi adalah benar walaupun belum ada kesahihannya.
    3) Hilang fungsi sosial sebenar. jika dahulu belajar secara berkumpulan atau berjumpa guru tetapi apabila terlalu bergantung dengan kecanggihan individu tidak perlu bersua muka lagi.

    ROZANA MOHAMED RAZALI A128055
    PEMBANGUNAN MANUSIA (FSSK) TAHUN 2
    SEM 2 2010/2011

    ReplyDelete
  3. Memang tidak dinafikan teknologi telah banyak membantu dalam kehidupan seharian manusia. Teknologi yang ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya tetapi harus sentiasa berwaspada agar tidak terlalu bergantung kepada teknologi.

    MUHAMMAD ANUAR BIN MAULOD (A130797)
    PROGRAM KOMUNIKASI DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    TAHUN 2 SEMESTER 2 SESI 2010/2011
    TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 Fakulti Pendidikan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...