Sunday, March 27, 2011

Dunia Siber dan Kanak-kanak.

Dunia tanpa sempadan, segalanya boleh dicapai di hujung jari. Begitulah ungkapan yang dapat diperkataan mengenai teknologi maklumat kini. Internet adalah singkatan kepada interconnented-networking, iaitu rangkaian komputer yang dihubungkan di dalam beberapa rangkaian. Kehadiran internet kini dilihat sebagai suatu keperluan kerana ia memenuhi keperluan dan membantu manusia untuk menjalankan aktiviti harian mereka sama ada aktiviti formal ataupun aktiviti yang tidak formal.

Ledakan dunia teknologi maklumat pada masa kini tidak terhad hanya kepada golongan dewasa sahaja malah kanak-kanak juga turut sama menerokai dunia siber kini. Menurut Prof. Madya Dr. Ding Choo Ming, pensyarah di Fakulti Teknologi Sains Maklumat UKM, dalam tulisannya mengenai ‘Pembentukan Generasi Internet di Alaf Baru’, kanak-kanak dan remaja generasi internet mempunyai deria yang kuat terhadap kebebasan dan kemerdekaan diri. Perkara ini disebabkan peranan mereka yang aktif dalam mencari pelbagai sumber maklumat melalui internet.

Kanak-kanak kebiasaannya akan lebih cenderung untuk ingin mengetahui sesuatu yang baru. Mereka akan mempunyai minat, keinginan serta sifat ingin tahu untuk mempelajari sesuatu yang baru. Seperti yang kita sedia maklum, laman-laman sesawang, gambar-gamber lucah dan aksi berbentuk ganas begitu berleluasa di dunia siber ini. Laman yang mengandungi pornografi baik dalam apa bentuk sekalipun tetap akan mendatangkan kesan yang negatif kepada penggemarnya apatah lagi kepada golongan kanak-kanak.


 Meskipun di Malaysia masih belum mencapai pada tahap yang serius, namun dengan adanya kemudahan untuk mendapatkan sumber ini sudah cukup membimbangkan. Dengan kewujudan ruang internet seperti sedemikian pada masa kini semestinya menerbitkan rasa kebimbangan kepada ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Penggunaan internet yang bersifat tanpa wajah ini dikuatiri akan mengundang keburukan kepada kanak-kanak sekiranya mereka ‘bertemu’ dengan pembuli siber, pemburu seks atau pengemar pedofilia dalam dunia siber ini.

Oleh itu, ibu bapa sewajarnya memantau setiap penggunaan Internet oleh anak-anak mereka dan memastikan setiap penggunaan tersebut bersesuaian mengikut perisian yang betul. Perisian yang betul dan sesuai seharusnya memiliki beberapa ciri-ciri yang membina seperti isi kandungan yang sesuai mengikut peringkat usia, tidak mempunyai unsur-unsur keganasan, kawalan yang bersesuaian dengan kanak-kanak mengikut umur dan sebagainya. Ibu bapa sebagai insan yang terdekat dengan anak-anak seharusnya bertanggungjawab untuk menilai perisian yang digunakan oleh anak-anak mereka supaya anak-anak mereka memperoleh input yang berguna bagi membina perkembangan kognitif yang sihat kepada anak mereka.
(Sumber dipetik dari Majalah Advokasi,2009)


19 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Aplikasi teknologi dikalangan masyarakat pada hari ini sangat menggalakkan. Ia tidak mengira pelbagai usia.Kanak-kanak khususnya perlu dididik dengan dunia siber sejak dari kecil bagi memudahkan mereka dapat mengetahui serba sedikit tentang dunia teknologi. Ia juga dapat mengelakkan meraka daripada tidak mengalami kejutan budaya setelah mereka dewasa kelak. Oleh itu,pendedahan kepada kanak-kanak tentang dunia siber amat digalakkan bagi mewujudkan insan yang celik IT dan melahirkan generasi yang intelek di masa akan datang.

    MOHD IZZAT AZREN BIN MOHD AZMAN (A131055)
    (PROGRAM PEMBANGUNAN MANUSIA)
    TAHUN 2,SEMESTER 2 SESI 2010/2011
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

    ReplyDelete
  3. ADAKAH ANDA BERSETUJU BAHAWA PERKEMBANGAN TEKNOLOGI SEIRING DENGAN PENINGKATAN KEGIATAN SEKSUAL?

    Isu pembuangan bayi kini tidak boleh dipandang remeh lagi. Kebanyakan remaja kini menjadikan kes pembuangan bayi ini satu trend baru dalam gaya hidup mereka. Bagi mereka, cara pembuangan bayi ini merupakan jalan terakhir bagi mereka untuk menyelesaikan masalah sekiranya mengandung luar nikah. Hal ini secara tidak langsung menjadi isu penting yang boleh merendahkan martabat negara kita yang sebelum ini dipandang tinggi oleh negara lain.
    Perkembangan teknologi masa kini menjadi salah satu punca masalah sosial seperti kes pembuangan bayi ini kian berleluasa. Seperti yang kita sedia maklum, teknologi yang dicipta bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada masyarakat. Namun, ada pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk tujuan yang tidak berfaedah. Terdapat sesetengah masyarakat menggunakan teknologi untuk tujuan seks. Laman sosial seperti Facebook, Tagged dan Twitter telah digunakan untuk memaparkan gambar-gambar yang menjolok mata dan aksi yang mengghairahkan. Selain itu, terdapat juga pengguna yang menawarkan perkhidmatan seks melalui laman sosial.
    Peralatan berteknologi seperti telefon bimbit dan “webcam” turut disalahgunakan. Terdapat segelintir individu yang melakukan hubungan seks melalui peralatan tersebut. Istilah “Phone Sex” digunakan untuk hubungan seks melalui telefon bimbit. “Webcam” juga digunakan untuk tujuan yang sama melalui alam maya. Pilihan tersebut dibuat kerana ia merupakan salah satu cara individu untuk mendapatkan kepuasan tanpa perlu bersemuka dengan pasangan seks.
    Kajian yang dilakukan oleh Farahwahida Mohd. Yusof dan Norazila binti Sugiman (UTM) menunjukkan bahawa faktor media massa menjadi punca utama kepada amalan seks bebas. 357 orang responden daripada 425 orang respnden yang terlibat dalam kajian tersebut mengatakan bahawa video dan gambar-gambar lucah banyak terdapat di pasaran dan mudah dilayari di internet. Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa kecanggihan teknologi telah menjadi pendorong kepada perlakuan seks bebas dalam kalangan masyarakat hari ini. Lambakan bahan-bahan pornografi di internet adalah hasil daripada perkembangan teknologi. Oleh yang demikian, penyalahgunaan teknologi menyumbang kepada gejala seksual, sekaligus meningkatkan bilangan kes pembuangan bayi.

    NORSUHAIDA BINTI RASHID
    A128064
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    SEMESTER 2, SESI 2010/2011

    ReplyDelete
  4. Salam Sakinah,

    Saya amat bersetuju dengan maklumat yang anda samapaikan. Teknologi adalah amat berfaedah kepada setiap peringkat usia.Namun demikian, ianya memerlukan pemantauan bagi mengelakkan kanak-kanak ini mudah terpengaruhi dengan maklumat yang negatif yang tidak bersesuai bagi peringkat umur seperti mereka. Ibu bapa perlu lebih sensitif dalam hal seperti ini dengan tidak membiarkan anak-anak mereka terlalu asyik dengan teknologi masa kini yang akan melalaikan mereka serta dapat mempengaruhi tahap pembelajaran mereka di sekolah.

    FATIN FARHANA BINTI ZAKARIA
    A127187
    FSSK/2 [PEMBANGUNAN MANUSIA]
    ISNIN 8-10 MALAM, MAKMAL KOMPUTER 3 DEWAN BUDIMAN.

    ReplyDelete
  5. Salam Sakinah,

    Sekadar berkongsi pengalaman..Saya mula berkenalan dengan dunia siber ketika berusia 13 tahun. Waktu itu, medan siber yang utama adalah chatting di IRC. Tulisan ini mengingatkan saya betapa suka dan ketagihnya saya dengan perkataan Internet pada zaman itu. Kanak-kanak sememangnya mudah terpengaruh dengan persekitaran. Kalau kawan-kawan buat, dia pun nak buat. Kalau kawan-kawan tengok, dia pun nak tengok. Dalam kes saya, sepupu-sepupu chatting, saya pun nak chatting :)

    Tetapi Alhamdulillah, ibu bapa saya memantau saya dan adik beradik dengan sangat baik. Kadang-kadang mereka sendiri akan lihat saya ber-chatting dengan kawan di IRC :))

    Kalau digunakan dengan baik, dunia siber ini sebenarnya baik untuk perkembangan mental dan emosi anak-anak. Cuma, perlukan pantauan yang berterusan daripada ibu bapa.

    MASTURA BINTI NASRUN SANI
    A127641
    FSSK/2
    Semester 2, 2010/2011

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.w.b.t

    Mengulas kembali mengenai isu kanak-kanak dan penggunaan siber,saya dapati terdapat2 aspek negatif dan positif kesannya kepada diri anak tersebut.

    Memang secara ironinya persekitaran sekarang yang serba moden menggalakkan anak-anak kita untuk celik IT. Di sekolah, di rumah dan dimana-mana tentunya terdapat kemudahan teknologi siber. walaupun tidak semua penduduk mempunyai kemudahan ini, namun saya percaya 10 tahun akan datang tidak mustahil ICT dan siber menjadi tatapan harian.

    Dari sudut positif, perkembangan IQ, kecerdasan fikiran dan keterbukaan minda anak-anak adalah ditahap memeberangsangankan. Anak-anak tidak umpama katak dibawah tempurung yang tidak tahu keadaan dunia sebenar. Maka, minda mereka cepat matang dan boleh bersosialisasi dengan baik walaupun dengan orang yang lebih dewasa.

    Keburukkannya, banyak jenayah siber seperti tayangan pornografi dan bahan bacaan lucah akan dipelajari.

    Maka, pemantauan dari ibu bapa, guru dan keluarga secara kelseluruhannya amat perlu dilakukan. Agar anak-anak tersebut berkembang dengan nilai-nilai yang baik.

    NURUL HIDAYAH ABDUL RAHMAN
    A130252
    FSSK/2
    SESI 2010/2011

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Salam Sakinah..

    Sememangnya kita tahu bahawa penggunaan internet pada masa sekarang begitu dalam pencarian maklumat yang mana ianya sebuah medium yang amat pantas dan terkini serta memberi manfaat kepada penggunanya. Namun, harus diingatkan bahawa sekiranya penggunaan internet tersebut tidak di kawal dengan sebaik mungkin akan membawa implikasi yang negatif terhadap kanak-kanak. Seperti yang kita tahu bahawa kanak-kanak memiliki sikap ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baru. Oleh itu, setiap ibu bapa perlu memainkan penting dalam mengawal situasi yang sedemikian kerana penggunaan internet ini jika digunakan secara betul akan memberi manfaat kepada pengguna dan begitu juga sebaliknya.

    ZAINI BINTI ABDUL AZIZ
    A128256
    PEMBANGUNAN MANUSIA (FSSK)
    TAHUN 2, SEM 2 (2010/2011)

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum w.bt....

    Dunia siber memang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia,baik yang muda mahupun tua.Hal ini demikian,dunia siber adalah medium komunikasi yang yang pantas dan mudah.

    Jika kanak-kanak dijadikan topik dalam perbincangan ini,memang satu pekara yang perlu diambil perhatian. Hal ini demikian,hasil daripada pemerhatian saya sendiri,siber kafe hanya berada di sebelah rumah saya sahaja.Begitu ramai kanak-kanak yang ghairah yang masuk ke siber kafe tersebut untuk melayari internet.

    Terdetik juga pada fikiran saya,
    Adakah ibu bapa mereka tahu aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka?
    Berapakah pembaziran wang yang dilaburkan untuk mendapatkan khidmat tersebut?
    Dimanakah peranan ibu bapa?
    Apakah yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut dengan dunia siber tersebut?

    Tapi apa yang saya pasti,kanak-kanak merupakan antara orang yang paling ghairah dalam melayari internet.Saya mengambil contoh adik saya sendiri,dia sanggup menyimpan wang saku untuk melayari internet.Bila ditnya apa yang dilakukan,dia mengatakan bahawa dia bermain game sambil mencari maklumat berkaitan pembelajaran.Sekurang-kurangnya,dunia siber dapat membantu dalam mencari maklumat berkaitan bidang pembelajaran,disamping menghilangkan stress dan berseronok seketika dengan bermain game.

    Namun demikian,sejauhmanakah kanak-kanak melakukan pekara yang sama. Hal ini tidak diketahui,mungkin masyarakat tidak mengetahui bahawa kanak-kanak juga boleh menyalahgunakan duina siber dengan melayari pelbagai laman web yang tidak berfaedah seperti pornografi.Hal ini demikian,sifat kanak-kanak adalah ingin mengetahui yang sangat mendalam.Penyalahgunaan dunia siber akan mendatangkan keburukan kepada kanak-kanak bahkan juga merugikan negara dalam melahirkan modal insan yang cemerlang.

    Dunia siber adalah wadah yang bagus kepada kanak-kanak dalam mendidik kanak-kanak berfikiran lebih kreatif dalam mendapatkan sumber maklumat dalam internet.Namun penyalahgunaan internet akan mendatangkan kesan buruk bukan sahaja kepada kanak-kanak tersebut,bahkan kepada negara.

    Oleh yang demikian.kerjasama dari semua pihak sangat diharapkan dalam bersama-sama memantau penggunaan dunia siber dalam kanak-kanak.

    Dunia siber pemangkin pemikiran kreatif.

    CHE NOOR FARAH BAHIAH BINTI CHE YUSOF
    A128412
    PEMBANGUNAN MANUSIA (FSSK)
    TAHUN2,SEM2(2010/2011)
    TOTORIAL:SELASA 8-10PM

    ReplyDelete
  11. salam saudari,
    Tajuk yang menarik, dunai siber dan kanak-kanak.Ianya lebih menarik jika dikupas dengan lebih mendalam lagi.Kanak-kanak adalah individu yang mentah dan masih lagi memerlukan bimbingan daripada ibu bapa mereka. Begitu juga dengan hal teknologi ini. Mereka perlulah diberi pengawasan semasa hendak menggunakan teknologi ini agar mereka hanya mengguinakan dan menonton perkara yang positif sahaja. Jika kita lihat pada masa sekarang banyak lambakan vcd lucah yang menjadi kerisauan kepada ibu bapa dalam membesarkan anak-anak mereka.

    NUR RADIA BINTI HARUN
    A128048
    FSSK/2
    PEMBANGUNAN MANUSIA

    ReplyDelete
  12. salam sakinah..
    selepas saya membaca post anda, saya berpendapat bahwa ibu bapa sewajarnya memantau setiap penggunaan Internet oleh anak-anak mereka dan memastikan setiap penggunaan tersebut bersesuaian mengikut perisian yang betul. Perisian yang betul dan sesuai seharusnya memiliki beberapa ciri-ciri yang membina seperti isi kandungan yang sesuai mengikut peringkat usia, tidak mempunyai unsur-unsur keganasan, kawalan yang bersesuaian dengan kanak-kanak mengikut umur dan sebagainya. Ibu bapa sebagai insan yang terdekat dengan anak-anak seharusnya bertanggungjawab untuk menilai perisian yang digunakan oleh anak-anak mereka supaya anak-anak mereka memperoleh input yang berguna bagi membina perkembangan kognitif yang sihat kepada anak mereka.
    SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAR
    A127887
    FSSK/2

    ReplyDelete
  13. Sekarang kebanyakan antivirus sudah dilengkapi dengan fungsi 'parental control' di mana ada website yang boleh di block aksesnya. Itu dari rumah. Kalau daripada service provider sendiri, memang ada web-web yang di censored supaya tidak boleh dibuka oleh pengguna. Malaysia ada censorship, tapi tidak seteruk seperti di negara di middle east.

    NUR AKMAL BINTI MOHAMED ROZALI
    A126692
    FST/2 PROGRAM GENETIK (PPBsBt)

    ReplyDelete
  14. salam sakinah..

    Kini pengetahuan menggunakan komputer dan melayari internet sangat penting dalam kehidupan seharian. Malah, para pelajar juga digesa untuk menguasai ilmu asas komputer agar mudah untuk mereka menyiapkan tugasan sekolah.

    Pada 26 Jun 2010 yang lalu, Perpustakaan Desa (PD) Kampung Apal telah mengadakan aktiviti yang diberi nama ‘Dunia Siber’ yang disertai 12 orang kanak-kanak berusia enam hingga 15 tahun. Menurut Penolong Pegawai Perpustakaan, Mazuin Mazlan, kemudahan yang disediakan melalui Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) telah banyak membantu melancarkan aktiviti yang melibatkan penggunaan komputer di PD.

    Berbekalkan dua buah komputer, para peserta diberi peluang untuk melayari internet secara bergilir-gilir. Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang fungsi komputer dan meluaskan pengetahuan menggunakan internet untuk sesuatu yang berfaedah.

    Namun harus diingat dan berwaspada, ibu bapa sangat berperanan penting dalam mengawasi dan membimbing anak-anak agar menggunakan teknologi denan betul dan perkara positif sahaja. Ini kerana kanak-kanak masih mentah dan mudah terpengaruh. Oleh itu ibu bapa perlu membimbing supaya anak-anak mereka memperoleh input yang positif.

    NOOR ADIBA BTE ABDUL RASHID
    A127162
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    TAHUN 2, SEM 2, SESI 2010/2011
    MAKMAL 3, SELASA, 8-10PM

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,
    Memang tidak dapat dinafikan kelebihan Internet dalam membantu mengembangkan pengetahuan pengguna muda. Cari apa saja, semuanya ada dan kerana ini juga jika tidak diawasi, Internet boleh menjadi saluran yang merosakkan, terutama bagi remaja dan kanak-kanak yang belum matang untuk membezakan antara baik dan buruk. Kini dengan adanya pelbagai laman sembang yang membolehkan hampir semua orang menjadi kawan, cabaran keselamatan ini lebih hebat dan ia tidak hanya tertumpu pada kanak-kanak atau pengguna muda kerana ada orang dewasa turut menjadi mangsa penipuan.
    Oleh kerana anak bersedia menerima kehadiran ibu bapa dalam kehidupan maya mereka, ada beberapa langkah boleh diambil iaitu:
    1) Ambil tahu aktiviti dan laman web yang dilayari anak
    2) Terbabit sekali dengan aktiviti anak (sebagai langkah memantau mereka secara on-line)
    3) Periksa aktiviti anak selepas mereka selesai menggunakan komputer. Hanya 21 peratus ibu bapa yang memeriksa kembali laman web yang dilayari anak
    4) Laporkan perlakuan mencurigakan kepada penyedia laman web atau pihak berkuasa
    5) Letakkan peraturan penggunaan Internet di rumah, jika belum ada
    6) Belajar dan ikuti perkembangan teknologi kerana hanya dengan cara ini anda dapat melindungi anak daripada jenayah siber.

    NORSYAZANA BINTI ZULKIFLI
    A125102
    TAHUN 3 (SEM 2 2010/2011)
    FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
    SELASA, 8-10 PM, MAKMAL 3 F.PENDIDIKAN UKM
    Isu: Laman Sosial dan Pendidikan

    ReplyDelete
  16. Ibubapa perlu sentiasa memantau anak-anak mereka dan jangan membiarkan kanak-kanak melayari Internet tanpa pengawasan ibu bapa kerana dikhuatiri mereka akan terjebak dengan penjenayah siber. Selain itu, komputer perlu diletakkan di kawasan terbuka bagi mengelakkan kanak-kanak melayari laman web yang tidak bersesuaian dengan umur mereka seperti laman web lucah. Sebagai langkah berjaga-jaga, ibubapa juga perlu menyediakan komputer mereka dengan perisian komputer yang mampu mencegah kanak-kanak dari mengakses laman web yang tidak sepatutnya dilayari.

    MUHAMMAD ANUAR BIN MAULOD (A130797)
    PROGRAM KOMUNIKASI DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    TAHUN 2 SEMESTER 2 SESI 2010/2011
    TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 Fakulti Pendidikan

    ReplyDelete
  17. teknologi dalam kalangan kanak-kanak perlu didedahkan. dizaman serba canggih kini, tidak hairan jika kita melihat kanak-kanak seusia 2tahun sudah pandai mengemudi sebuah komputer atau laptop. jika lihat memang ada baiknya jika kita mendedahkan teknologi ketika peringkat awal kanak-kanak. hal demikian akan mengalakkan perkembangan minda mereka. walaubagaimanapun, hal demikian haruslah mendapat pantauan daripada para ibubapa.

    ReplyDelete
  18. dunia siber kini boleh dikatakan telah melingkupi semua sudut. hal ini demikian kerana hampir semua perkara atau interaksi boleh dilakukan hanya melalui atas talian dengan adanya internet. kanak-kanak yang terdedah dengan dunia siber ini bukanlah hanya sekadar diberi tunjuk ajar tentang cara penggunaannya. namun orang di sekelilingnya juga perlulah memantau akan penggunaannya agar tidak berlaku sebarang penyalagunaan dalam kalangan mereka. perkara ini seterusnya boleh memberika impak kepada mereka dan juga masyarakat sekelilingnya.

    MOHD FAIZAL BIN ISMAIL
    A128748
    MENTION/FSSK/2
    SEMESTER 2/2010/2011

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum sakinah,

    Zaman kini kian berubah. Semua orang bercakap tentang teknologi maklumat dan internet dimana-mana sahaja. Jika tidak tahu tentang teknologi, alamatnya akan dilabel sebagai kuno dan ketinggalan zaman. Seperti yang diutarakan saudari tentang kanak-kanak yang semakin terdedah dengan kecanggihan teknologi ini, memang wajar ibu bapa mahupun orang dewasa memantau aktiviti anak-anak. Kita tidak boleh memberikan seratus peratus kepercayaan kepada mereka. kita perlu memantau dari semasa ke semasa sama ada menyemak kembali laman-laman web yang dilayari oleh anak-anak. Pemantauan ini adalah sangat penting untuk mengelakkan kanak-kanak tersebut terpengaruh dengan kes-kes pornografi seperti yang saudari bincangkan di atas. Maka, marilah sama-sama kita memantau adik-adik kita mahupun anak-anak sendiri supaya mereka tidak terdedah dengan perkara-perkara ini. Sekian.

    Roziana Binti Ab Rasit
    A123927
    FST/3 Sem 2 Sesi 2010/2011
    Tutorial:Selasa 8 p.m

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...