Wednesday, March 30, 2011
Sunday, March 27, 2011
Dunia Siber dan Kanak-kanak.
Dunia tanpa sempadan, segalanya boleh dicapai di hujung jari. Begitulah ungkapan yang dapat diperkataan mengenai teknologi maklumat kini. Internet adalah singkatan kepada interconnented-networking, iaitu rangkaian komputer yang dihubungkan di dalam beberapa rangkaian. Kehadiran internet kini dilihat sebagai suatu keperluan kerana ia memenuhi keperluan dan membantu manusia untuk menjalankan aktiviti harian mereka sama ada aktiviti formal ataupun aktiviti yang tidak formal.
Ledakan dunia teknologi maklumat pada masa kini tidak terhad hanya kepada golongan dewasa sahaja malah kanak-kanak juga turut sama menerokai dunia siber kini. Menurut Prof. Madya Dr. Ding Choo Ming, pensyarah di Fakulti Teknologi Sains Maklumat UKM, dalam tulisannya mengenai ‘Pembentukan Generasi Internet di Alaf Baru’, kanak-kanak dan remaja generasi internet mempunyai deria yang kuat terhadap kebebasan dan kemerdekaan diri. Perkara ini disebabkan peranan mereka yang aktif dalam mencari pelbagai sumber maklumat melalui internet.
Kanak-kanak kebiasaannya akan lebih cenderung untuk ingin mengetahui sesuatu yang baru. Mereka akan mempunyai minat, keinginan serta sifat ingin tahu untuk mempelajari sesuatu yang baru. Seperti yang kita sedia maklum, laman-laman sesawang, gambar-gamber lucah dan aksi berbentuk ganas begitu berleluasa di dunia siber ini. Laman yang mengandungi pornografi baik dalam apa bentuk sekalipun tetap akan mendatangkan kesan yang negatif kepada penggemarnya apatah lagi kepada golongan kanak-kanak.
Oleh itu, ibu bapa sewajarnya memantau setiap penggunaan Internet oleh anak-anak mereka dan memastikan setiap penggunaan tersebut bersesuaian mengikut perisian yang betul. Perisian yang betul dan sesuai seharusnya memiliki beberapa ciri-ciri yang membina seperti isi kandungan yang sesuai mengikut peringkat usia, tidak mempunyai unsur-unsur keganasan, kawalan yang bersesuaian dengan kanak-kanak mengikut umur dan sebagainya. Ibu bapa sebagai insan yang terdekat dengan anak-anak seharusnya bertanggungjawab untuk menilai perisian yang digunakan oleh anak-anak mereka supaya anak-anak mereka memperoleh input yang berguna bagi membina perkembangan kognitif yang sihat kepada anak mereka.
(Sumber dipetik dari Majalah Advokasi,2009)
Saturday, March 26, 2011
Gambar Model BBM dari Pelbagai Sudut.
Assalamualaikum..w.b.t..
Untuk post ini, adalah tugasan individu bagi Kursus Teknologi dan Inovasi iaitu gambar model BBM dari pelbagai sudut..Saya namakan model ini ialah Kotak Kalender. Bahan-bahan untuk membuat kotak kalender ini mudah didapati dan tidak memerlukan kos yang mahal. Hanya memerlukan 30 kotak mancis sebagai bahan utama, kotak terpakai, gam, gam gajah, kertas warna dan pembalut hadiah sebagai hiasan.
Kotak kalender ini sesuai digunakan bagi kanak-kanak yang berumur 4-10 tahun. Tujuan utama rekaan model ini adalah untuk melatih anak-anak supaya mengamalkan sikap suka menabung. Misalnya, sehari latih anak-anak simpan rm1.00 / rm 0.50 ke dalam model ini. Untuk membina peneguhan bagi sikap anak supaya menabung, sediakan sebiji gula-gula atau sesuatu yang menjadi kesukaan anak-anak. Oleh itu, dengan adanya ganjaran itu, mereka akan bersemangat untuk terus menabung.
Lazimnya kanak-kanak gemar dengan sesuatu yang berwarna-warni dan corak yang pelbagai. Oleh itu, untuk menbina kotak kalender ini memerlukan kreativiti dan corak yang menarik supaya dapat menarik minat mereka untuk menabung. Biasakan anak-anak dengan amalan menabung yang sistematik, pasti mereka akan membesar dengan tabiat yang baik dan bijak dalam menguruskan kewangan di masa hadapan.
The Long Shot (LS)
The Medium Shot (MS)
The Close-Up (CU)
Angle and Position Shot.
High-angle Shot
Dari Sudut Belakang.
Posisi tepi kanan.
Posisi kiri tepi.
Dari jarak yang dekat.
Puzzle...
tempat menyimpan duit...
Tuesday, March 22, 2011
Kepentingan Teknologi dan Inovasi kepada Manusia.
Marcapada ini, teknologi dan inovasi memainkan peranan yang penting dalam aspek kehidupan di mana teknologi dan inovasi ini menjanjikan kemudahan dalam kehidupan manusia itu sendiri. Hal ini demikian kerana, ia mempunyai banyak kelebihan serta manfaat yang tersendiri. Sebagai contoh, penggunaan computer dapat membantu para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga mampu membantu para pengajar untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika ia digunakan dengan bersistematik. Oleh itu, kepentingan ini dapat diperluaskan jika individu itu sendiri dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.
Subscribe to:
Posts (Atom)

