Saturday, July 30, 2011

PERSEDIAAN HATI MENGHADAPI RAMADHAN YANG MULIA:


By: Ummi 'Aliyyah

Dalam satu riwayat olih Thabrani,Rasulullah SAW bersabda:

"Telah datang kepadamu Ramadhan,bulan keberkatan Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat,menghapus dosa dan memakbulkan doa.Allah melihat kamu berlumba-lumba pada bulan ini dan membanggakanmu kepada malaikat-Nya,maka tunjukanlah kepada Allah hal yang baik daripada dirimu.Kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapat rahmat Allah pada bulan ini."

Dalam hadith riwayat Imam Ahmad,baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Umatku pada Ramadhan diberi lima keutamaan yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya iaitu:,,,bau mulut orng yang berpuasa lebih harum disisi Allah drpd aroma kasturi;malaikat memohon keampunan bagi mereka sampai mereka berbuka puasa;Allah setiap hari menghiasi syurga-Nya lalu berfirman (kepada syurga),'Hampir tiba saatnya hamba-Ku yang solih dibebaskan daripada beban dan derita serta mereka menuju kepadamu';pada bulan jin yg jahat diikat hingga mereka tdk bebas bergerak sprti pada bulan lain srta dibrikan kpd umatku ampunan pada akhir malam."

Baginda Rasulullah ditanya: "Wahai Rasulullah! Apakah malam itu Lailatulqadar?"
Jawab baginda: "Tidak.Namun orang yang beramal tentu diberi balasannya jika nenyelesaikan amalnya."

Antara persediaan hati yg sayugia dilakukan olih insan soleh ialah:
1)~Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangn bulan Ramadhan kerana sesiapa yg dihatinya merasa gembira dngn kedatangan bulan Ramadhan,maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka.

2)~Bukakan hati untuk menerima didikan Ilahi melalui tarbiah pada bulan Ramadhan.

3)~Motivasikan diri untuk hidup pada bulan Ramadhan dengn penuh bermakna dengn mendapat rahmat Allah,keampunannnn-Nya dan kelepasan drpd azab api neraka.

4)~Rasakan seolah-olah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir buat kita,tiada lagi peluang bertemu dengan Ramadhan akan datang.
5)~Rasakan kenikmatan,kedamaian dan ketenangan bersama Ramadhan lantaran terlalu hampirnya Allah SWT kpd hamba-hamba-Nya yg hidup pada malam-malam Ramadhan.

=====Tepuk dada tanyalah iman.Semoga Ramadhan yang mendatang lebih baik daripada Ramadhan yang berlalu.Semoga kita sentiasa di dalam naungan rahmat dan keampunan-Nya.Aamiin Rabbal 'Alamiin.
~~~~~Maaf dzahir dan bathin dari saya buat sahabat-sahabat semua...~~~~~

Mawaddah: Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari Ramadhan yg sebelumnya..bukan sekadar menahan lapar dan dahaga..tetapi lebih membawa diri kita lebih istiqamah dan bermujahadah dalam mencapai keredhaanNya…InsyaAllah..^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...