Sunday, May 22, 2011

4 Golongan LELAKI ditarik oleh WANITA ke dalam Neraka.

Sewaktu di yaumal akhirat, wanita akan menarik bersama-sama empat golongan lelaki ke dalam neraka. Na’uzubillahi min zaalik... Ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebagai peringatan supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang harus dilakukan terhadap wanita.


PERTAMA- AYAHNYA.

Apabila seorang ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya semasa di dunia, iaitu tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tetapi memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik oleh anak perempuannya.

KEDUA – SUAMINYA.

Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya seperti bergaul bebas dan memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Walaupun suaminya seorang yang alim seperti tidak meninggalkan solat tetapi jika dia berdiam diri maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA – ABANG-ABANGNYA.

Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita iaitu ibu dan adik perempuan jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarga sahaja dan adik perempuannya dibiarkan tersasar daripada ajaran islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT – ANAK LELAKINYA.

Apabila seorang anak tidak menasihati ibunya yang melakukan perkara yang dilarang dalam islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akirat kelak dan nantikan tarikan ibunya.

Hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat . Kaum lelaki yang bergelar ayah/ suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak lalai dalam melaksanakan tanggungjawab.

Maksud Firman Allah s.w.t:-


” Hai anak Adam, peliharalah diri kamu dan ahlimu daripada api neraka di mana bahan pembakarnya ialah manusia, jin dan batu- batu...”

gambar hiasan.

Kaum wanita, kasihlah ayah anda, suami anda, abang- abang dan anak- anak lelaki anda. Kasihkanlah diri mereka dan dirimu sendiri, laksanakan perintah Allah bersungguh- sungguh dengan hati yang ikhlas.


Didik anak menurut islam.


APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s. a. w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah....

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka dirumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...






DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur! walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak- kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan! terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. 

Mawaddah: di copy daripada risalah sahabat… berdasarkan  sedutan daripada ceramah Dr. Fadhilah Kamsah..semoga ia dapat memberi manfaat kepada yang membacanya..^_^

Tuesday, May 17, 2011

Pertolongan di padang masyar.


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a berkata,
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

”Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di israqkan..

  1. Aku telah melihat seorang daripada umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya  itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
  1. Aku melihat seorang daripada umatku telah disediakan azab kubur  yang amat menyeksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
  1. Aku melihat seorang daripada umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
  1. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK  telah melepaskannya daripada seksaan itu.
  1. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. memberi minum sehingga ia merasa puas.
  1. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA  sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.
  1. Aku melihat seorang daripada umatku berada di dalam gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T.  lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang menderang.
  1. Aku melihat umatku cuba berbicara golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU  lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
  2. Aku melihat umatku menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T.  lalu menabir muka dan kepalanya daripada bahaya api tersebut.


Beristighfarlah...

Istighfar kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita. Istighfar memiliki dua makna.

Pertama, setiap kali kita mengucapkan astaghfirullahal’adzim, bererti kita minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi segala aib kita. Semakin kerap kita beristighfar maka semakin bersih diri kita daripada dosa. Allah sangat menyukai hambanya yang suka beristighfar. Kerana tidak ada satu pun antara kita yang terlepas dari melakukan dosa, maka istighfar adalah kewajipan dan keperluan bagi kita agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.

Kedua setiap kali kita mengucapkan astaghfirullahal’adzim, bererti kita minta kepada Allah, mohon agar Allah memperbaiki hidup kita dengan menguatkan akidah kita, memberi kita nikmat dalam ibadah yang khusyuk dan menjadikan akhlak yang mulia.

Rasulullah s.a.w bersabda, ” Barangsiapa yang membiasakan dan selalu beristighfar kepada Allah, maka Allah memudahkan saat ia sulit, Allah gembirakan saat ia sedih dan Allah beri rezeki dari jalan yang tidak pernah ia duga.”

Kemudian, di dalam al-Quran surah Nuh ayat 10, 11,dan  12, Allah s.w.t berfirman, maksudnya :

” Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai”.

Jadi, adalah kewajipan bagi kita sebagai hambaNya, perlu sentiasa beristighfar. Rasulullah s.a.w tidak akan bangun dari tempat tidur baginda kecuali setelah beristighfar sebanyak 70 kali, dalam hadis lain menyebut sebanyak 100 kali. Walaupun Rasulullah maksum, bebas daripada dosa, dijamin masuk syurga tapi begitu hebat istighfarnya kepada Allah.. apatah lagi kita yang banyak dosa.




Beristighfarlah kepada Allah, nescaya Allah akan permudahkan urusan kita, memgurniakan generasi yang soleh dan memberikan kehidupan yang sejahtera kepada kita. InsyaAllah..

Bermujahadah Vs Nafsu.

Dalam diri kita ada nafsu yang sentiasa mendorong kita melakukan kejahatan.Jika ajakan nafsu ini dituruti, kita akan melakukan dosa dan menyebabkan hati kita penuh dengan sifat keji seperti pemarah, sombong, hasad dengki dan dendam. Sifat-sifat keji inilah yang akan menyebabkan kita lebih banyak melakukan perbuatan dosa.

Oleh itu, hati kita mesti dibersihkan daripada sifat- sifat ini. Caranya ialah dengan melawan nafsu. Usaha melawan nafsu inilah yang dinamakan sebagai mujahadah.


Bagaimana melawan nafsu? Untuk melawan nafsu, kita mesti melakukan sesuatu yang berlawanan dengan ajakannya. Misalnya jika kita suka makan dengan banyak, Allah tidah suka perbuatan tersebut. Jadi, cara melawannya dengan berpuasa. Jika nafsu menyuruh kita menjadi pemarah, kita mesti memujuk hati supaya bersabar. Jika nafsu mendorong kita menjadi sombong , kita mesti berusaha merendah diri. Jika nafsu menimbulkan rasa hasad dengki melihat kejayaan orang lain, kita hendaklah berlapang dada dan rela hati melihat orang itu mendapat nikmat daripada Allah.

Begitulah seterusnya dengan sifat-sifat keji yang lain. Semuanya mesti dilawan supaya hati kita dipenuhi dengan sifat-sifat terpuji yang disukai Allah seperti sabar, redha, penyayang dan pemaaf. Betapa besarnya pahala orang yang bermujahadah. Apabila terlintas sahaja di hati kita untuk berubah, jangan berlengah-lengah untuk berubah kerana dikuatiri kita tidak akan sempat berubah kerana mati itu datang secara tiba-tiba tanpa kita sedar bila waktunya.


Apabila kita berusaha bersungguh-sungguh untuk berubah, insyaAllah usaha tersebut akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...